kiss!!!

Saturday, 5 March 2011

BF yang kesihan...

asalam....
jumpe lagi citer dalam FB..jom kongsi....


Dilema Seorang Boyfriend Yang Malang

Hari tu awak tanya saya sejauh mana cinta saya kat awak. Masa tu saya tak dapat nak jawab. Semalam awak merajuk ngan saya, saya dah penat nak layan. Awak call saya, saya malas nak jawab. Sejauh mana eh saya sayang kat awak? Semalaman saya fikirkan soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang saya kat awak sangatla kerdil. Sebab tu la awak selalu merajuk eh? Ntahla.. Tapi setahu saya:

1. Sebelum saya kenal awak, setiap semester saya dapat Anugerah Dekan.. Bila dah kenal ngan awak, setiap semester saya repeat paper.

2. Sebelum kenal ngan awak, saya belajar pakai duit PTPTN.. Lepas kenal ngan awak, nak makan pun kena mintak duit ngan emak saya.

3. Kalau ada sebiji buah epal, saya bagi je kat awak.. Kalau ada 2 biji buah epal, saya bagi yang besar kat awak.

4. Kalau kita makan ikan, awak makan bahagian badan ikan tu.. Saya pulak makan bahagian kepala ikan tu je.

5. Awak ni tak la cun sangat, tapi saya tak pernah kutuk awak tak cun. Tapi saya yang hensem ni awak lagi nak kutuk ngan member depan saya, kata saya tak hensem langsung.

6. Diana Danielle lintas depan mata, saya diam je. Takut kalau puji kang awak marah. Mat Bangla lepak depan shopping complex awak pi ngorat  time saya pi tandas. Siap mintak nombor tepon depan saya lagi.

7. Kalau keluar ngan awak, awak slamber je nak makan Starbucks.. Saya tipu saya dah kenyang, padahal bila dah sampai kat umah saya melantak maggi.

8. Sebelum kenal ngan awak, saya tak pernah ada girlfriend. Selepas awak kenal ngan saya, genaplah koleksi awak ada 20 boyfriend kesemuanya.

9. Awak pernah tanya kalau awak jatuh cinta ngan laki lain, saya nak buat apa? Saya cakap saya nak pukul laki tu. Tapi bila saya tanya kalau saya jatuh cinta kat pompuan lain, awak nak buat apa? Awak kata nak bunuh saya, emak saya, ayah saya ngan nenek saya.

10. Saya beli ubat kat awak harga RM100 saya cakap harga RM10. Awak beli jam tangan kat saya harga RM10 awak kata harga RM100.

11. Setiap kali berjumpa saya bagi hadiah kat awak.. Tapi setiap tahun birthday saya awak kata lupa.

12. Saya rosakkan handsfree awak, saya ganti satu handphone baru. Awak rosakkan kereta saya, awak buat bodoh je.

13. Sekali awak demam, saya kena diet 2kg nak jaga awak. Sekali saya demam, awak tambah berat 2kg sebab abiskan makanan saya.

14. Saya tak pernah kata awak pendek.. Tapi awak marah saya sebab tinggi sangat, bila member awak ketawakan awak.

15. Awak datang umah saya, saya tido kat sofa.. Saya datang umah awak, saya gak yang kena tido kat sofa.

16. Mak saya belikan rantai emas kat awak. Mak awak langsung tak pernah ajak saya makan kat umah awak walau sekalipun.

17. Kucing umah saya bersalin, saya bagi anak kucing yang paling cute kat awak. 2 hari je awak bela, kucing tu dah mati. Saya tak kata pape pun.. Awak bagi ikan emas yang dah dekat mati kat saya, 2 hari saya bela dah mati. Awak kata nak bunuh semua anak kucing saya..

18. Kalau awak nak pakai duit saya, terus ambik takyah bagitau. RM30 ke RM80 ke RM100 ke selagi wallet saya ada duit. Aritu saya nak pinjam RM10 sebab terlupa bawak wallet, awak kata saya bagi alasan padahal kedekut...

aish teruknye awek dia....huhu..cian BF dia...kui kui....

kaum hawa sekalian hargai la seseorang yang menyayangi anda..muah!

sekian wasalam..

4 comments:

Mya said...

hahaha! kesian btol! gf dia ROCK! XD

~masithah hanis~ said...

ape yang rock nye..cian pakwe di kan LOL...

Fuuyooh said...

lepak cni kejap.. hehe

~masithah hanis~ said...

lepak la..:DDDDDhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...