kiss!!!

Sunday 6 February 2011

ST0P!!!WATCH

ASALAMUALAIKUM....

stopwatch...
huhuhu....ape kaitan dgn hidup kite dengan stopwatch nie...
sudah sedia maklum...masa itu penting seperti dalam pepatah arab
"masa itu seperti tajamnye pedang"

banyak pepatah yang telah diberikan untuk menerangkan maksud "masa"
kepentingan masa ini telah dipratikakan oleh adik aku..


Time magrib..
aku:ujah pegi la solat...jangan nak main kucing jer
adik:jap gi la...cikit je lagi..
aku:along abis solat ujah tak solat lagi...siap ujah!
adik:week:P

aish budak-budak sekalang manyak susah lo..
Tak lama selepas itu.

aku:hah bagus da amik wudhuk pown..good girl

dia da siap pakai telekung...dan datang kat aku..

adik:along pinjam fon
aku:aik?nak solat pakai fon ke?ermm tak de tak de..gi solat cepat..magrib tak tunggu ujah..gi solat jer..sat gi main fon.
adik:kedekut!

adik:umi pinjam tepon yer
umi:hmm
adik:yes

tekan menu cari stopwatch....

aku:malas nak layan

lepas solat

adik:2 minit jer hahaha..

rupa2 nya adik aku set time bape lama dia solat..just 120 saat...huhu
ini la keje budak darjah 3..ish2 korang try la..
huhu
solat gune stopwatch..mencatat masa yang terpantas atau terlambat..
huhu

melakukan ibadah kerana ALLAH..tidak perlu berkira berape lama masa di catat yang penting ikhlas:)

make up

Di mana cantik seorang wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...