kiss!!!

Wednesday 4 July 2012

salam nisfu syaaban

assalamualaikum....

finish iftar...dengan bace yassin with my ummi

aku:apa nisfu syaaban sebenarnya??
umi:buku amalan kita akan ditutup dan ganti buku amalan baru..
aku:umi..bukan ke umi cakap setiap selepas asar buku amalan kita di ganti degan buku baru...#konpius
umi:tak tau la nak cakap.....#senyap
aku:umi... umi....
umi:.............#krik krik......
aku:erm umi..
umi:alahai ..da kenapa? umi mane boleh pakai bantai je nak jawab,,x tau ade nas-nas lain pulak..haih..
yang penting nisfu syaaban ni jom kita bace yassin 3x dengan doa :) doakan dimurahkan rezeki dan dipnjgkan umur..semoga iman kita sentiasa terpelihara...
aku:erk ,,okay ..huhuhu...



sebenarnya kita tak perlu tunggu nak masuk rejab ,syaaban,n ramadhan..untuk wat baik...sepanjang taun kita boleh wat amal baik ni...betul tak??okay kisah di sebalik nisfu syaaban??tahukah anda??okay ..nisfu syaaban
~

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.Wtidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” salam nisfu syaaban :3


source wiki

sekian wasalm:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...