kiss!!!

Saturday, 21 August 2010

fuh....!!! lega nye.....


huhuhu....bunyi cm per jep.....tgokla muke aq nie..tgok cm relax jep..tp otak serabut....argggghhhh....mcm2 pikir nye pikir tu pikir nie...nie nak habaq la..aq baru jer pas luahkan perasaan yang membuatkan hidup aku kusut masai seketika....setelah dapat di luahkan beberape jam yang lepas...inilah aq dapat perkataan yang dapat diungkapkan
fuh..!!!leganye~ngeee

semenjak,2 menjak,3 menjak,dan menjak2 nye

aq ada seidikit tekanan mybe tekanan study.kawan2 n sewaktunye sebab jenis aq bende kecik pown aq akan pikir...pikir.... dan pikir sampai 2,3 ary atau selebihnye..itulah yg selalu ditegur oleh my twins angah cayang n my bestie muah -mek senah-

antara sebabnye strees ni memang x elok

*muke jadi cm tempoyak basi(*_*),org tgok pown takut cm zombie
*dan sewaktunye...



bce nie....terpulang pada kita nk ikut or x.....

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Dunia pekerjaan memang memberi pengaruh
yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada
kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal
akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan
memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Tekanan disebabkan pekerjaan
adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan
reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan
desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara
mental dan fizikal.

Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja
yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh
persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi
impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tidak
ditadbir atau tidak dikawal dengan metodologi tepat.

Banyak implikasi
negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas
baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan dan hilang
tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala ada di kalangan kita yang
mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja,
melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok atau perkara dilarang.
Berlaku juga kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan
tekanan di rumah dengan mendera anak atau ke tahap melampau sehingga mahu
membunuh diri.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah
terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada
ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan
kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan
ketentuan Allah.
Allah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan
melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai)
kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu)
orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.”
(Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Seperti ketentuan Allah, setiap apa
yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan
perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan.

Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh
Allah. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja
sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan
rasa cinta kita kepada-Nya.

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja
berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan :

◦Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat
sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat
solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.
Menurut
kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu
tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu
kepada sesuatu (kepada Allah).

Gerakan dan keadaan minda dalam solat
berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan
Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap
sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem
pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan
dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan
pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.

Allah berfirman yang
bermaksud:

“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan
dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah
menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

◦Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan
bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam
firman-Nya yang bermaksud:
“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram
hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

◦Ketiga,
mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Al-Quran adalah penawar
kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran
sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar
bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan
panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung
merungkaikan segala permasalahan.

◦Keempatnya, meletakkan keyakinan
bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang
kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa
saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna
kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di
akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu
yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang
Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha
mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

◦Kelima, dengan
amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah
diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang
bermaksud:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir,
ayat 60)

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran
yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh
dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam



5 comments:

Ahmad Hidayat said...

*daun pisang reput: biasa la tu nk dkat final exam..sumenye serabot..hihi..

neezam said...
This comment has been removed by the author.
neezam said...

thanks for sharing this article with your blog's readers.

Ahmad Hidayat said...

update la lagi!!!

peace no war !!!! said...

Dayat...bz ckit..bru cht kot..!nanti la aq update agy ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...