kiss!!!

Thursday, 10 March 2011

KEUTAMAAN ZIKIR KEPADA ALLAH





Allah Ta'ala mempunyai Malaikat-malaikat yang berkeliling di jalan-jalan untuk mencari orang-orang yang berzikir, maka apabila mereka menjumpai kaum yang sedang berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla, lalu mereka memanggil kepada teman-teman nya: kemarilah disini terdapat apa yang kalian cari! lalu para malaikat itu mengerumuni mereka dengan sayap-sayapnya sampai kelangit dunia. Maka Tuhan bertanya pada para malaikat, padahal Ia lebih mengetahui : Apakah yang dikatakan oleh hamba-hambaku?


Malaikat menjawab: Mereka mensucikan engkau, Membesarkan engkau, Memuji engkau.


Tuhan bertanya: Adakah mereka melihat aku?


Malaikat menjawab : Demi Allah mereka tidak melihat engkau.


Tuhan bertanya : Bagaimana seandainya mereka melihat aku?


Malaikat menjawab : Tentu mereka lebih giat menyembah engkau ya Allah, lebih memulyakan engkau dan lebih banyak mensucikan engkau.


Tuhan bertanya : Apa yang mereka minta?


Malaikat menjawab : Mereka memnita syurga kepada Engkau.


Tuhan bertanya : Adakah mereka melihat syurga?


Malaikat menjawab: Tidak Ya Allah.


Tuhan bertanya : Bagaimana seandainya mereka melihatnya?


Malaikat menjawab : Tentu mereka lebih semangat untuk memperolehnya.


Tuhan bertanya : Dari apa mereka meminta perlindungan?


Malaikat menjawab : Mereka minta perlindungan dari Neraka


Tuhan bertanya : Apakah mereka dapat melihat neraka?


Malaikat menjawab : Tidak mereka tidak dapat melihatnya
.
Tuhan bertanya : Bagaimana bila mereka dapat melihatnya?


Malaikat menjawab : Tentu mereka akan lari dan ketakutan.


Lalu Allah berfirman : Saksikanlah oleh mu bahwa aku telah mengampunkan mereka semuanya.


 Malaikat berkata : Tuhan, disitu ada orang yang bukan dari mereka hanya bertepatan ada keperluan maka ia datang ke situ.


 Tuhan menjawab : Ia termasuk dalam golongan itu, karena ia tidak akan kecewa duduk bersama mereka.

Wednesday, 9 March 2011

follower ke 1000

peace be upon to u !


nop me la....ini untuk lulu caldina...saya nie masih baru lagi...thanks sebb wat header...and award :D i like it(>_<)....i bukak ni..http://lulu-pages.blogspot.com/2011/03/siapakah-follower-ke-1000-itu.html



nie header....tanpa edit..yang hanya ada mata...

i dapat header baru:D
yang nie header yang lulu wat kan:D..cantik....shuke shuke(>_<)...lulu i gunakan header  yang u wat kan ini...
thanks a lot LULU CALDINA....





meh cini tgok award aku kerana menjadi follower yang ke1000...


sebenarnya terharu..siap ade adward lagi tu....muchu grasias...:)


wah..my 1st award...(^_^)
Lulu caldina.......


tahniah sebab dari beratus ke beribu..:)..
sebenarnya i dah lama BW kat blog u...banyak yang menarik kat blog u....sila bagi tunjuk ajar..i masih baru...n
teruskan berblog yer...:) sekian wasalm...

Tuesday, 8 March 2011

jangan curi selipar aku....

assalamualaikum...
jangan curi selipar aku..yer biasenya kehilangan selipar berlaku..time solat jumaat..yer tak?kaum Adam..biasenye camtu la...kan kan....haishhh....tak baik gitu.......cer bace citer ni...


santai...:)

Kisah Ali Orang Gila Kg Pinang

Al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita…

pic culik dari  DATO G...(^_^)

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok….sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi…mengamukla dia…

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!…” Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang…..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi…”kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!” lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. “lek la bang.. gurau jek”….

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…

Haa…lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue… lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??” dengan suara dan wajah yang slamber….Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok…

p/s:jangan curi2 selipar orang...kalau ade orang gila betul2 abis la korang....:D

hahaha..ok sekian tq
wasalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...