kiss!!!

Thursday, 19 July 2012

doa pengikat kasih sayang saya dengan mereka


Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.amin~





Sunday, 15 July 2012

10 SEBAB KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:

  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
  • Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  • Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
  • Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  • Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Saturday, 7 July 2012

solat istikharah

assalamualaikum...akhi ukhti sekalian...

semua mesti tahu solat istikharah kan???tapi ada yang pernah buat dan masih belum pernah...kita memohon pentunjuk ALLAH..dengan adanya solat istikharah..kita akan cuba membuat keputusan ...tapi kalau ragu-ragu ini telah menguasai kita...keliru tu..dengan ini kita minta bantuan ALLAH dengan solat istikharah..:) mari kita tengok apa itu ?solat istikharah..caranya dan lain:)


Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.



Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.


Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”



Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:



Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
amin ~


ya ALLAH jika keputusan ini terbaik untuk hambamu...permudahkan la..amin ya rabbal a'lamin:)


sekian wasalm...

Wednesday, 4 July 2012

salam nisfu syaaban

assalamualaikum....

finish iftar...dengan bace yassin with my ummi

aku:apa nisfu syaaban sebenarnya??
umi:buku amalan kita akan ditutup dan ganti buku amalan baru..
aku:umi..bukan ke umi cakap setiap selepas asar buku amalan kita di ganti degan buku baru...#konpius
umi:tak tau la nak cakap.....#senyap
aku:umi... umi....
umi:.............#krik krik......
aku:erm umi..
umi:alahai ..da kenapa? umi mane boleh pakai bantai je nak jawab,,x tau ade nas-nas lain pulak..haih..
yang penting nisfu syaaban ni jom kita bace yassin 3x dengan doa :) doakan dimurahkan rezeki dan dipnjgkan umur..semoga iman kita sentiasa terpelihara...
aku:erk ,,okay ..huhuhu...



sebenarnya kita tak perlu tunggu nak masuk rejab ,syaaban,n ramadhan..untuk wat baik...sepanjang taun kita boleh wat amal baik ni...betul tak??okay kisah di sebalik nisfu syaaban??tahukah anda??okay ..nisfu syaaban
~

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalambahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.Wtidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” salam nisfu syaaban :3


source wiki

sekian wasalm:)

Monday, 14 May 2012

jom tukar dp


assalamualaikum...
hari ini online...dan perasan ramai kawan-kawan tukar dp diorang..tak mahu ketingggalan juga...jom sama-sama kita tukar dp....kita hanya mampu berdoa untuk saudara islam kita yang di zalimi...semoga mereka selamat.. saya dah tukar dp anda bila lagi ..uhuhu <3



Minta TOLONG semua shabat
Menukar gambar profil anda

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda,
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! credit gila kentang

okay..kita doakan meraka selamat yer :) sedih kita tengok saudara seislam kita diperlakukan begini..insyaAllah surga tempat meraka:)
sekian wasalam..

Monday, 7 May 2012

nasyid menang

assalamualaikum...
datang lompat-lompat hihi masuk blog...ngeh ngeh

alhamdulillah..semua ok...so far so good :)

alhamdulillah...anak -anak murid saya pegang title johan untuk nasyid..woow tak percaya erk pengsan :) huhu
next month ...ade lagi pertadingan..oh takut nya...Y_Y erkk nak kene latih lagi budak-budak ...

insyaALLAH pertandingan 16\6 ...

pless doakan kami nasyid lelaki and perempuan..untuk peringkat seterusnya :)i so proud of both of them

k wasalm...

Sunday, 29 April 2012

rindu nak belajar

assalamualaikum...hi hi....awak awak..

saya dah berenti belajar dah jadi tenaga pengajar pon..tapi saya nak belajar lagi..mane tak nya jeles kot kite tengok kawan-kawan kita best je menuntut ilmu..kadang2 rase nak nages laju-laju..Y_Y wuhuks..jeles sama mereka..nak jugak macam diaorang..

ummi ada cakap kalau nak sambung belajar..pegi la sambung ummi and abi tak halang pon..memang nak pegi belajar..tapi nak belajar kene la tengok juga ketahanan diri ni mampu ke tak..kalau pegi belajar kalau sakit-sakit tak guna juga..*Amik bantal nages laju2

tak apa lah mungkin ALLAH dah aturkan semua untuk diriku ni...syukur kerana masih dalam rahmat DIA....

sekian wasalam


Sunday, 25 March 2012

‪Dude Harlino feat. Asmirandah - Bunga-Bunga Cinta (Ost Dalam Mihrab Cin...







Lirik Lagu Dude Herlino & Asmirandah Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta) Lyrics

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji
reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta
repeat **
repeat reff
repeat *
memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta


Source: here

Tenangkan hati hambamu ini

58assalamualaikum..my online diary...

bismillah..ya ALLAH permudahkan apa yang aku hajati..tenangkan hati ini jika musibah kian mendatang..ya ALLAH aku lemah dan lalai...aku tahu ..sering aku jauh tersasar dariMU...
ASTAGFIRULLAH ...Sungguh aku sudah lalai dengan apa yang kau berikan..Y_Y ..

dengan Ayat-ayat suci mu...aku mencari ketenagan..terima kasih ya ALLAH..i love u ALLAH..


Jika SENDIRI jangan marasa SEPI.. Ada ALLAH yang MENGAWASI..
Jika SEDIH jangan PENDAM dalam HATI.. Ada ALLAH tempat BERDOA..
Jika MARAH jangan FIKIR dalam HATI.. Ada ALLAH tempat MENENANGKAN DIRI..
Jika SUSAH jangan MERASA PILU.. Ada ALLAH tempat MENGADU..
Jika GAGAL jangan BERPUTUS ASA.. Ada ALLAH tempat MEMINTA..
Jika BAHAGIA jangan menjadi LUPA.. Pada ALLAH tempat BERSYUKUR..

Wasalam

Wednesday, 29 February 2012

akhlak

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak : Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa. -Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji. -Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa. -Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji. -Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang. -Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita. -Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita. -Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Wallahu a'lam:g4:

Monday, 27 February 2012

if i die


Jika esok hari terakhirku,
sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
Jika esok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
Jika esok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku
Jika esok hari terakhirku,
ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
Jika esok hari terakhirku,
nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu
Jika esok hari terakhirku,
mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
Jika esok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
Jika esok hari terakhirku,
tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu
Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku..

✿ Biar buta mata daripada melihat kemungkaran,
✿ Biar bisu daripada menfitnah orang lain,
✿ Biar pekak daripada mendengar pekara yang tidak elok,
✿ Biar kudung kaki daripada melangkah kelorong maksiat,
✿ Biar tiada tangan daripada menjadi pencuri,
✿ Biar miskin daripada kaya andai sombong dan riak….
✿ Biar orang lain membenci kita asalkan ALLAH sayang pada kita..

Mari bermuhasabah diri kita sebelum semuanya terlambat, sebelum ajal menjemput. Lakukan 3B :

Baca dan Fahami Artikel Ini
Bermuhasabah Diri
Berubah Ke Arah Lebih Baik


jika sebut pasal muhasabah...kematian adalah yang palin mujarab

kuncinya sabar

assalamualaikum....

:Stranger:(
terus terang...saya cakap saya sensetip orangnya..mudah tersentuh ,terase,dan sewaktunya..haha..
mane tak hanhin satu badan..bila adik kesayangan aku dicuit..cewah terserlah kekak long aku ni...
walaupun aku tengok macam x mesra..tapi sebenrya jauh dilubuk hati ni,,aku amik kisah pasal adik2 aku.....

yer manusia..memang tak lari buat kesilapan...aku tahu engkau bagus..tapi yang tak bagus nye engkau mulut engkau..prinsip aku kalau aku tak kacau, jangan la engkau kacau aku..,be matured beb!...aku tulis cmni mknenye aku dah hilang sabar..tapi entry bukan untuk engkau..tapi untuk adik aku...angah kuncinya SABAR..biar la orang nak cakap ape...hipokrit ke konkrit ke:) yang penting kite ade prinsip betul tak?huhu kankan..yang penting angah fokus exam..ini baru ujian yang sikit...ALLAH datang kan ujian kepada hamba2 nya kerana dia rindu suare hambanya..mungkin ALLAH rindukan angah betul x?cube banyak zikrullahh...

lepas perkara nie..baru kita dapat bezakan mane kawan mane lawan...kawan kita nak tahu yang setia waktu kita susah la yang sanggup duduk bersama2 berdiri bersama2..ITU LA BARU KAWAN SEJATI...<3


"manusia ni tak lari dari kesilapan" kesilapan yang pertama ialah pengajaran tapi kalau kita lakukan untuk kedua kalinya..itu adalah perkara yang bodoh.."

Saturday, 25 February 2012

wanita

assalamualaikum...
tadi ada hujan lalu..kelam kabut saya berlari untuk mengangkat jemuran....47ingtkan lebat...rupenye..ujan lalu saje...huhu alang-alang terus angkat semua baju...kang hujan tak terkejar nak angkat pula...
4948 huhuhu...


:b5:bile ..hujan x turun online memanjang la...
:f1:dengar lagu:)bukak utube...best! pastu jumpe vid kat bwah tu...


nak tahu? tgok la sendiri<3 khas untuk wanita...





dah tgoh?? amcam??
Nyanyian yang mengejutkan penonton, nasihat hijab untuk para wanita. Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu. Jangan takut dan jangan segan kecantikan itu pasti bersama
.ingatlah dunia ialah syurga bagi orang2 kafir…dan dunia ini juge neraka bagi orang2 beriman….ayuh kite semua kejar syurga di akhirat kerana ia kekal….
renung2 kan la...

sekian wasalm.

Friday, 24 February 2012

akhirnya!

hye dude..yeszaa! akhirnya....

berpeluh2 mengedit blog....try gune blogskin....akhirnya dapat da..
:puppyeyes:

ape yang den nak carik...<3 like like...harap bertambah semangat la nak berblog yer..>_<"

huhu...ok la...nanti sambug balik<3

Wednesday, 22 February 2012

mimpi indah

50mimpi indah..aumm..like..ok bismikallahhumaaya wa ammut:) ....
:puppyeyes::d8:set alarm n go to sleep n have a nice dream dude...n sleep tight..muah~!

Tuesday, 21 February 2012

lena tidur saya...

50hye..my cute peeps...assalamualaikum..

lena tidor saya...apabila saya melakukan perkara yang betul-betul hati ini ingin kan...jgn ikut kan hati kalau akal dan hati tidak seiring...guna lah akal dan hati kerana kedua-dua nie perlu seiring....kalau ikutkan hati saje boleh mati...guna kan akal...itu la guna nya bila ada ilmu..
jangan jadi seperti pepatah arab ini:-
"ilmu tanpa amal seperti pokok yang tanpa buah":e4:


tak ada gunanya kalau ada pokok yang besar cantik tapi tak mampu mengeluarkan buah untuk di manfaatkan...rugi bukan????

itu la apabila kita hendak melakukan perkara mesti dimulakan dengan niat..dan niat mesti la kerana ALLAH....
ok saja saya merepek dengan mencoret apa yang terdetik di fikiran ini...:a8:

salam sayang dari saya...sekian terima kasih...

:Kiss:( muah amik ni..

Saturday, 18 February 2012

im back....

:Cool:(i'm back!

assalamualaikum:l:


saya minta maaf my blog..di tinggalkan dan di anak tirikan oleh ku:Aigoo!:( mintak maaf kerana tidak mencoret kan5856.... saya minta maaf my bloved blog..alhamdulillah...sekarang saya seorang guru...menjadi seorang yang pendidik pulak buat masa ini....

sekarang hampir 2 bulan menjadi seorang guru..macam gelagat anak-anak murid membuatkan saya tersenyum...dan itu membuatkan saya42..dan tersenyum....:)

Tuesday, 12 July 2011

istikharah cinta~


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..






~=)

Friday, 8 July 2011

cerita dalam sebulan~

peace be upon to u~ my little buddy~~
olla olla~ urm dah lame tak mencoretkan isi hati dalam blog usang ku ni~walalaaa bahse ku ^_^ suke aty la blog aku..lantak pi la..nak luah ke tak~ dont judge me k~~ semua orang ade hak masing-masing.....
urm JUN...
ade SUKA,ade DUKA....

ok..ok dah bulan JULAI..ade haku kisah!~=)

ok cerita suke~
-kenal dgn mereka yang agak sempoi~

dari kiri,me>aisyah>shiro>ain>kak ah>amal

dari kiri amal>me>aisyah>shiro>ummairah>kak ah

-aku DERMA DARAH weh~ HUHU...bangga weh..first time..ahaksss=)

peace~ siyes mule-mule cuak..coz jarum nye besar ..ade la dalam besar straw~~~ahuuuu T_T takut...


untuk kali pertamanya aku menderma~triple bag~ wohooaa manyak-manyak~
jenis darah B...
*sape yang belum pernah tu..sila la try....tak sakit:)

yang nie kak yatt~ huhuhu gila-gila punye orang...sempoi aku shuke~ die pown derma darah cam aku juge.. ade post die ary tu...pasal derma darah..heeee..die dah berabad post aku baru nak post~ahaksss....
nie post nye..terang-terang aku bagi link =)

-sukan ASASI


shuke pic nie muaahhaaaa

-tak main ape-ape pown tapi kira ok la aku join..tolong-tolong wat air...tolong penuhkan camera..=)
sebenarnye nak main..tapi nak wat camner..tangan yang amik darah tu...lebam~huhuhu
alhamdulillah program jalan cam biase..walaupun ade macam-macam berlaku..
hamper pown best~lawa..
well ..=) sape yang reben~*tibe-tibe

-prank bufday girl n hang out~
nie dah masuk JULAI..ehheeee~alang-alang~

berlakon~sedih la konon....huhuhu cian mek senah..kasi sorok dia punye laptop...
HAPPY BIRTHDAY~~~ my buddy!!!
hadiah tu simpan lek lok~ biase-biase jerp:')
aku minta maaf aww kalau aku selalu wat bende-bende yang tak gune fikiran ngan warasnye..=P


hang out credit to~
gi makan-makan
cerita selebihnye...


peasanan untuk diriku~
jadikan yang dulu itu pengajaran..sejarah jangan di ulang~jika kesilapan di ulang..kita adalah perkara paling bodoh .. nobody perfect~

sekian wasalam~:)

~ya ALLAH ini mungkin ujian untuk hambaMU yang lalai T_T~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...